Google+ Followers

Google+ Followers

Data8

Pelan Data Pascabayar Serendah RM8 Sebulan Hanya Di RedONE Data8


Perang pelan pascabayar di Malaysia memang sangat sengit sekarang. Tetapi kebanyakannya tertumpu kepada segmen sekitar RM70 sebulan dan ke atas. Apa kata kalau adanya pelan pascabayar serendah RM8 sebulan, memberikan 500MB internet berkelajuan tinggi dan panggilan percuma? Ya, ia kini boleh dilanggan dengan redONE.

redONE adalah operator rangkaian mudahalih maya atau MVNO, yang menggunakan talian Celcom sebagai pemancar. Bermakna, di mana ada signal Celcom, di situ juga ada signal redONE. Baru-baru ini, redONE melancarkan pelan pascabayar dengan data 500MB, paling murah seumpamanya di Malaysia.



Dinamakan pelan pascabayar redONE Data8, ia memerlukan komitmen dari pengguna hanya RM8 sebulan, dan datang bersama 500MB data berkelajuan tinggi serta panggilan percuma sesama talian redONE. Jika data ini tidak mencukupi, pengguna boleh melanggan data dari serendah RM20 untuk tambahan 1GB, RM30 untuk 2GB, RM40 untuk 3GB dan RM60 untuk 5GB.
Tetapi kelajuan talian redONE Data8 berbeza mengikut data tambahan yang dilanggan. Bagi pelan asas RM8 dan tambahan 1GB RM20, kelajuan maksima hanyalah 7.2Mbps ataupun 3G. Bagi pelan tambahan 2GB dan ke atas, barulah boleh menikmati kelajuan 4G LTE.


Seperkara lagi, pelan redONE Data8 ini tidak dihentikan penggunaan selepas kehabisan kuota. Pengguna akan dicaj mengikut penggunaan atau PPU, dengan kadar 10 sen setiap 1000kb. Pengguna disyorkan untuk melanggan mana-mana pelan data tambahan untuk mengelakkan dari dikenakan caj PPU ini.
redONE memaklumkan, pengguna akan menerima SMS apabila mencecah 80% dan 100% kuota. Selepas penggunaan data bulanan mencecah 10GB, barulah kelajuan talian akan diperlahankan kepada 64kbps. Kadar maksima penggunaan data PPU akan dihadkan kepada RM250 sahaja.
Selain data percuma, pengguna pelan redONE Data8 turut menerima panggilan percuma sesama talian redONE. Panggilan ini dihadkan penggunaan sebanyak 100 jam sebulan. Untuk panggilan ke talian lain, ia dicaj pada kadar 15 sen seminit. SMS pula dicas 5 sen sesama talian redONE, dan 10 sen ke talian lain.
Seperkara lagi, pengguna yang mahu mendaftar pelan Data8 ini, perlu menandatangani kontrak selama 6 bulan. Tetapi, satu lagi kelebihan redONE adalah, ia membenarkan pengguna yang telah disenarai hitam oleh operator talian lain, untuk mendaftar dengan talian redONE. Bagaimanapun, wang pendahuluan dan deposit diperlukan untuk pendaftaran.
Jika berminat untuk mendaftar pelan data pascabayar termurah di Malaysia ini, boleh merujuk ke mana-mana wakil ejen dan wakil sah redONE. Maklumat lanjut tentang pelan redONE Data8, boleh didapati di sini.

Interested for our works and services?
Get more of our update !